Wednesday, March 11, 2009

Album Sulung Bermula Semula Lonjakkan Nama Riz

credit to: budiey sensasi selebriti
Pada bulan April atau Mei nanti, Riz akan muncul dengan album sulungnya, Bermula Semula. Sebelum ini, lagu Hanya Sandiwara dari Riz diterima baik oleh pendengar radio. Apatah lagi, lagu duet dengan Alya, Ku Pinjam Satu Bintang juga bakal menaikkan nama Riz.
Dengan bantuan komposer Ajai sebagai penerbit album, segala impian Riz untuk meriliskan album tercapai. Riz bersyukur sebab tiada masalah besar dihadapinya cuma untuk dapatkan mood je yang susah. Nasib baik ada Ajai yang sudi tolong.

Mengapa beri tajuk album Bermula Semula?

“Kalau di dalam AF6, dunia saya agak kecil. Tetapi kini saya perlu bersaing dengan semua penyanyi sedia ada dan saya berharap agar mendapat tempat di hati peminat. Album ini juga bermakna bermulanya perjuangan saya di dalam dunia nyanyian selepas AF6.”

Bagaimana dengan persaingan dengan adik-adik AF musim 7 yang akan keluar nanti? Tak takut?

“Persaingan tetap ada di mana-mana. Tapi Riz tak nak jadi persaingan ini sebagai satu alasan Riz mundur sebab Riz mahu maju. Biar ada persaingan sihat, tak pe. Memang, hari-hari ada sahaja penyanyi baru yang muncul. Bukan setakat pelajar AF7. Oleh sebab itu, saya perlu memandang segala persaingan ini secara sihat dan tidak perlu takut untuk menghadapinya. Saya yakin dengan kerja keras, disiplin serta lagu-lagu berkualiti yang saya berikan kepada peminat, diri saya akan diterima.”

Riz sering dikaitkan dengan Anuar Zain? Jadi, bagaimana Riz mahu tepis persamaan antara idola Riz?

“Riz harap, dengan lahirnya album ini, dapat memberi perbezaan antara gaya saya dan Anuar Zain. Memang kekuatan Anuar Zain tak dapat ditandingi. Namun, Riz dah buat album pop dengan cara Riz sendiri.” - [sumber]

Dalam pertemuan itu juga, Riz berharap kehadiran album ‘Bermula Semula’ akan menepis pandangan klise yang mengatakan dia mempunyai persamaan dengan Anuar. Katanya melalui album tersebut dia cuba menonjolkan kekuatan vokalnya di samping mewarnakan lagu-lagu yang ada di dalam album yang berkonsepkan pop itu dengan caranya yang tersendiri.


Selain lagu Hanya Sandiwara, Ku Pinjam Satu Bintang dan Bermula Semula, lagu-lagu lain yang turut dimuatkan di dalam album yang diterbitkan oleh Riz Entertainment dan Maestro ini ialah Harus Ku Yang Pergi, Kehilangan, Kau Wanita, Cinta Ini serta Khilaf.

Riz harap peminat dapat menerima album ini dan belilah yang original!


No comments:

Post a Comment