Saturday, March 28, 2009

RIZ @ SUKACERIA DI PENANG (22.03.2009)

ada lagi persembahan riz & geng astro sukaceria di Penang.
jom...... kite nonton beramai-ramai



credit to : cik Muz & faten... mekasih byk2 sudi kongsi bersama.

Monday, March 23, 2009

VC GEMPAK SELEBRITI ASTRO - PENANG

lets sharing the vc together....
sori... mungkin sound a little bit problem , kurang jelas tp masih boleh share dgn riz fan.
Scene 1 - Permulaan GSA

Scene 2 - Marabahaya & Nakal

Scene 3 - Sehati Berdansa & Menuju Puncak

Scene 4 - SUKAN & JUWITA

credit to: cik Muzlia & Faten

Sunday, March 22, 2009

Thursday, March 19, 2009

SAYANG ANGELS ~ HANYA UNTUK RIZ

SAYANG...RIZ
SIANG TERNANTI-NANTI
MALAM TERMIMPI-MIMPI
CELIK MATA PAGI MENCARI FORUM
BELUM MANDI, TERDETIK DI HATI........
HARI INI KEMANA RIZ PERGI??......

SAYANG ANGELS PADA RIZ
MUSIM BERSILIH BERGANTI
AF7 TELAH PUN KEMBALI
NAMUN RIZ TETAP DI HATI
DIARI DI TATAPI HARI-HARI
TAPI BAYANGAN RIZ JUA DI TEMUI

HARUS KU YANG PERGI , HANYA SANDIWARA
CINTA INI, BERMULA SEMULA.....
SEBELUM KEHILANGAN KHILAF
KUPINJAM SATU BINTANG untuk KAU WANITA

SAYANG ANGELS PADA RIZ
BUKAN UNTUK SETAHUN DUA
TAPI UNTUK SELAMANYA
BIAR DUGAAN MERANJAU
SERIBU ONAK BERDURI
ANGELS SENTIASA BERSATU HATI
DAN ITU PASTI.....
WALAU PUN TOHMAHAN DATANG BERTIMPA
SAKITNYA RIZ , ANGELS PUN TERLUKA
WALAU BADAI MENGHEMPAS LAUTAN BERAPI
KASIH SAYANG ANGELS TIADA BERBELAH BAHAGI

BEGITU SAYANG ANGELS PADA RIZ
TIADA APA YANG DAPAT MEMISAHKANNYA
MELAINKAN QADA & QADAR..
DAN JUA PENENTUAN
YANG BISA MERAGUT SEGALANYA.....

SAYANG ANGELS HANYA UNTUK RIZ...
DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA...
nukilan: angah

Saturday, March 14, 2009

RIZ ~ C30 ERA



HARUS KU YANG PERGI


GEMURUH


HANYA SANDIWARA


IKLAN BOH TEH... PALING BEST!!


KU PINJAM SATU BINTANG

Wednesday, March 11, 2009

Album Sulung Bermula Semula Lonjakkan Nama Riz

credit to: budiey sensasi selebriti
Pada bulan April atau Mei nanti, Riz akan muncul dengan album sulungnya, Bermula Semula. Sebelum ini, lagu Hanya Sandiwara dari Riz diterima baik oleh pendengar radio. Apatah lagi, lagu duet dengan Alya, Ku Pinjam Satu Bintang juga bakal menaikkan nama Riz.
Dengan bantuan komposer Ajai sebagai penerbit album, segala impian Riz untuk meriliskan album tercapai. Riz bersyukur sebab tiada masalah besar dihadapinya cuma untuk dapatkan mood je yang susah. Nasib baik ada Ajai yang sudi tolong.

Mengapa beri tajuk album Bermula Semula?

“Kalau di dalam AF6, dunia saya agak kecil. Tetapi kini saya perlu bersaing dengan semua penyanyi sedia ada dan saya berharap agar mendapat tempat di hati peminat. Album ini juga bermakna bermulanya perjuangan saya di dalam dunia nyanyian selepas AF6.”

Bagaimana dengan persaingan dengan adik-adik AF musim 7 yang akan keluar nanti? Tak takut?

“Persaingan tetap ada di mana-mana. Tapi Riz tak nak jadi persaingan ini sebagai satu alasan Riz mundur sebab Riz mahu maju. Biar ada persaingan sihat, tak pe. Memang, hari-hari ada sahaja penyanyi baru yang muncul. Bukan setakat pelajar AF7. Oleh sebab itu, saya perlu memandang segala persaingan ini secara sihat dan tidak perlu takut untuk menghadapinya. Saya yakin dengan kerja keras, disiplin serta lagu-lagu berkualiti yang saya berikan kepada peminat, diri saya akan diterima.”

Riz sering dikaitkan dengan Anuar Zain? Jadi, bagaimana Riz mahu tepis persamaan antara idola Riz?

“Riz harap, dengan lahirnya album ini, dapat memberi perbezaan antara gaya saya dan Anuar Zain. Memang kekuatan Anuar Zain tak dapat ditandingi. Namun, Riz dah buat album pop dengan cara Riz sendiri.” - [sumber]

Dalam pertemuan itu juga, Riz berharap kehadiran album ‘Bermula Semula’ akan menepis pandangan klise yang mengatakan dia mempunyai persamaan dengan Anuar. Katanya melalui album tersebut dia cuba menonjolkan kekuatan vokalnya di samping mewarnakan lagu-lagu yang ada di dalam album yang berkonsepkan pop itu dengan caranya yang tersendiri.


Selain lagu Hanya Sandiwara, Ku Pinjam Satu Bintang dan Bermula Semula, lagu-lagu lain yang turut dimuatkan di dalam album yang diterbitkan oleh Riz Entertainment dan Maestro ini ialah Harus Ku Yang Pergi, Kehilangan, Kau Wanita, Cinta Ini serta Khilaf.

Riz harap peminat dapat menerima album ini dan belilah yang original!


Monday, March 9, 2009

Riz Harap Tuah "Bermula Semula' - gua.com.my

credit to: by gua.com.my | 8 Mar 2009
Bekas naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau lebih dikenali sebagai Riz, muncul dengan album sulungnya, ‘Bermula Semula’, yang bakal dipasarkan pada bulan April atau Mei nanti.

Ketika ditemui di majlis pra-dengar albumnya di pejabat Maestro di Plaza Damansara baru-baru ini, Riz mengakui bersyukur kerana kerjaya seninya berjalan dengan lancar. Apatah lagi, ramai rakan-rakan AF lain masih ternanti-nanti giliran untuk menghasilkan album sendiri.


"Sebelum ini saya hanya muncul dengan single “Hanya Sandiwara” dan saya berterima kasih kepada para peminat yang menerima lagu tersebut dengan baik. Saya juga pernah merakamkan lagu duet bersama Alya, “Ku Pinjam Satu Bintang”.

"Pada mulanya, saya hanya mahu buat single yang terdiri daripada sebuah lagu balada dan sebuah lagu rancak. Namun segalanya berubah dan perancangan untuk menghasilkan single bertukar menjadi album apabila saya bertemu dengan komposer Ajai.

"Ini kerana dengannya segala-galanya menjadi lebih mudah kerana kami banyak berbincang tentang apa yang kami inginkan. Kiranya album ini adalah kerjasama terbaik saya dengan Ajai dan saya memilih Ajai sebagai penerbit kerana saya yakin dengan kemampuannya.

"Apatah lagi, sejak dahulu saya memang berminat untuk bekerjasama dengannya. Mungkin bagi penyanyi lain mereka suka ramai penerbit di dalam album mereka, tetapi bagi saya, saya mahu album saya mempunyai sebuah konsep dan bukan rojak," ujar Riz.

Ditanya mengapa ‘Bermula Semula’ dipilih menjadi judul album, anak kelahiran Perak ini memberitahu, selepas menyertai AF6 dia kini melibatkan diri dalam dunia seni yang serba mencabar. Malah persaingan juga semakin sengit.

"Kalau di dalam AF6, dunia saya agak kecil. Tetapi kini saya perlu bersaing dengan semua penyanyi sedia ada dan saya berharap agar mendapat tempat di hati peminat. Album ini juga bermakna bermulanya perjuangan saya di dalam dunia nyanyian selepas AF6," katanya.


Diusik dengan persoalan tentang persaingan bakal pelajar AF7 yang akan hadir tidak lama lagi, Riz mengakui di dalam apa jua bidang memang wujud persaingan. Namun dia tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan untuknya mundur di dalam dunia seni.

"Memang, hari-hari ada sahaja penyanyi baru yang muncul. Bukan setakat pelajar AF7. Oleh sebab itu, saya perlu memandang segala persaingan ini secara sihat dan tidak perlu takut untuk menghadapinya. Saya yakin dengan kerja keras, disiplin serta lagu-lagu berkualiti yang saya berikan kepada peminat, diri saya akan diterima," ujarnya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan idolanya, Anuar Zain.

Dalam pertemuan itu juga, Riz berharap kehadiran album ‘Bermula Semula’ akan menepis pandangan klise yang mengatakan dia mempunyai persamaan dengan Anuar. Katanya melalui album tersebut dia cuba menonjolkan kekuatan vokalnya di samping mewarnakan lagu-lagu yang ada di dalam album yang berkonsepkan pop itu dengan caranya yang tersendiri.

"Proses rakaman bermula pada bulan September tahun lalu dan sepanjang proses rakaman, saya tidak mengalami sebarang masalah. Namun ada juga lagu yang sukar untuk saya nyanyikan kerana susah untuk dapatkan mood yang sesuai.

"Oleh sebab itu, saya memerlukan masa yang panjang untuk merakamkan lagu tersebut. Namun saya bernasib baik kerana Ajai banyak memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya. Kini, barulah saya sedar bukan mudah untuk menghasilkan album dan saya masih perlu banyak belajar untuk bergelar penyanyi yang baik," katanya.

Selain lagu “Hanya Sandiwara”, “Ku Pinjam Satu Bintang” dan “Bermula Semula”, lagu-lagu lain yang turut dimuatkan di dalam album yang diterbitkan oleh Riz Entertainment dan Maestro ini ialah “Harus Ku Yang Pergi”, “Kehilangan”, “Kau Wanita”, “Cinta Ini” serta “Khilaf”.

"Selepas ini kami merancang untuk mengetengahkan lagu “Harus Ku Yang Pergi”, ciptaan Ajai. Lagu tersebut agak perlahan dan sesuai dengan vokal saya. Saya harap peminat akan menyukai lagu ini kerana ia merupakan antara lagu yang paling saya gemari," jelasnya.





Beli BMW hasil tajaan? - KOSMO 09.03.09

credit to: FAIZAL SAHARUNI (Kosmo)
mfaizal@kosmo.com.my
"Hidup ini umpama putaran roda. Ada ketikanya kita berada di atas, malah ada waktu juga kita berada di bawah. Dengan situasi kewangan saya yang masih okey, saya tidak anggap ia menjadi satu kesalahan besar" – RIZ
BARU melangkahkan kaki keluar daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) setahun lepas lantas cuba memperjudikan diri demi bergelar anak seni, namun Riz dilihat sudah memandu kereta mewah. Pasti ada yang terkejut melihat anak muda berusia 24 tahun itu memegang stereng kereta mewah BMW 320i walaupun bakat serta kredibilitinya sebagai insan seni di negara ini masih terlalu mentah untuk dibicarakan. Lantaran itu, timbul gosip nakal yang mengaitkan dia ditaja oleh individu tertentu lebih-lebih lagi undangan nyanyiannya yang diperolehi tidaklah sekencang ibarat penyanyi popular lain.

Maka tidak hairanlah apabila dia mampu hidup mewah dalam sekelip mata, tanpa perlu bersusah payah berbanding dengan kesukaran yang dijalani oleh anak seni lain yang baru melibatkan diri dalam dunia seni.

Riz bagaimanapun menyedari dirinya diperhatikan masyarakat yang meragui kemampuan dirinya memiliki kereta mewah.

Justeru, Riz mengaku memang benar dia memandu kereta import yang disifatkan boleh tahan harganya di pasaran.

"Sebenarnya saya beli kereta ini daripada komposer terkenal, Ajai beberapa bulan yang lalu. Ia merupakan kereta terpakai.

"Kereta ini saya beli dengan harga tidak sampai RM200,000, tetapi saya tidak mahu cakap lebih lanjut tentang harga sebenar yang saya bayar untuk beli kereta ini.

"Saya sedar orang ramai berprasangka buruk dengan pembelian kereta mewah ini, sedangkan saya masih baru sahaja memulakan kerjaya sebagai artis dan tawaran pertunjukan pentas tidaklah lebat dalam setiap bulan.

"Pernah terdengar jugalah kononnya saya dibela oleh sugar mummy, malah ada juga yang mengaitkan saya ditaja sugar daddy.

"Memang kelakar rasanya apabila saya terdengar tohmahan yang tidak berasas sama sekali ini," katanya sambil tertawa semasa ditemui dalam majlis pra dengar album pertamanya, Bermula Semula di Maestro Talent & Management Sdn. Bhd., di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MENARUH harapan. Riz yakin album sulungnya yang meraih sentuhan Ajai bakal memiliki daya saing di pasaran.
Menghuraikan lebih lanjut, Riz memberitahu, kereta BMW itu dibeli dengan menggunakan sumber kewangan hasil titik peluh sendiri selepas bergelar seorang penyanyi. "Saya bayar wang pendahuluan kereta ini menggunakan duit simpanan peribadi dan dicampur dengan wang yang diterima sebanyak RM15,000 hasil kemenangan saya setelah diumum sebagai naib juara AF6. "Kalau ada orang lain yang mendakwa saya tidak dapat banyak meraih undangan nyanyian, tetapi saya tetap bersyukur kerana masih mampu untuk bayar ansuran bulanan kereta. "Sekiranya dalam satu-satu bulan saya tidak dapat duit hasil nyanyian seperti sebelumnya, lantas saya akan bayar dengan menggunakan wang simpanan sendiri.
"Saya minat dengan kereta jenama BMW. Sementara ada duit dan nama saya masih lagi dikenali peminat, saya rasa lebih baik beli kereta ini terlebih dahulu. "Hidup ini umpama putaran roda. Ada ketikanya kita berada di atas, malah ada waktu juga kita berada di bawah. Dengan situasi kewangan saya yang masih okey, saya tidak anggap ia menjadi satu kesalahan besar. "Tidak timbul soal ada orang taja saya," jawab anak muda berusia 22 tahun itu dengan riak wajah cukup tenang. Riz atau nama lengkapnya Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi pantas membuat perbandingan antara pengertian hadiah dan tajaan yang diberikan seseorang. "Kalau saya dapat hadiah, sudah tentu saya akan ambil kerana ia merupakan pemberian ikhlas daripada peminat yang begitu menghargai bakat nyanyian saya. "Kalau hadiah diberikan, saya akan memberitahu kepada orang lain termasuk wartawan kerana tiada salahnya mengambil hadiah yang berada di depan mata. "Asalkan niat si pemberi ikhlas serta tiada maksud yang terselindung, saya terima dengan hati dan tangan terbuka.

"Lagipun hadiah yang diberi tidak haram kalau saya ambil, lainlah kalau orang yang beri hadiah punya niat lain agar saya buat itu dan ini dengan dia, maka saya berhak untuk menolak pemberiannya. "Saya masih tahu mengenali orang yang berhati ikhlas atau sebaliknya yang ada agenda tertentu," jelas Riz tegas. Umum mengetahui, sebagai naib juara AF6, Riz akan menerima sebuah kereta Naza Bestari. Lantaran itu, riak keterujaan jelas terlihat pada raut wajah Riz yang menjelaskan kereta itu bakal menjadi hak miliknya, tidak lama lagi. "Saya tidak akan menjual kereta hadiah kemenangan saya itu nanti walaupun sudah membeli BMW. Saya juga telah merancang untuk menggunakan kereta sedia ada bagi perjalanan jarak jauh. "Kalau berada dalam sekitar KL, saya akan memandu Naza Bestari (bila dapat nanti) kerana fizikalnya yang lebih kecil jika dibandingkan BMW," ujarnya yang berasal dari Grik, Perak.

Tidak dibayangi Anuar

Tidak mengalami nasib yang sama seperti artis lain di bawah Maestro yang terpaksa menanti dalam waktu panjang untuk muncul dengan album masing-masing, Riz cukup bertuah apabila album sulungnya, Bermula Semula akan menemui peminat bulan April nanti. Album yang disempurnakan dengan kolaborasi daripada Riz Entertainment dan Maestro itu, memuatkan sebanyak lapan buah lagu yang rata-ratanya cukup memikat hati. Riz, yang lahir pada 19 Disember 1986 menjadi insan paling gembira kerana dapat mempersembahkan buah tangan pertama kepada peminat. "Saya begitu puas hati dengan kemunculan Bermula Semula apatah lagi penghasilan album ini merupakan kerjasama syarikat saya dan Maestro. "Saya mempunyai hak mutlak dalam soal pemilihan lagu-lagu. Daripada soal pemilihan lagu dan memasuki studio merakam lagu mulai bulan September hingga awal Januari lepas, saya tidak menghadapi sebarang masalah.


TIDAK alpa dengan arus perubahan zaman, Riz sentiasa mencari inisiatif sendiri bagi memastikan namanya terus terpahat dalam dunia hiburan tanah air.

"Lapan buah lagu yang terdapat dalam album ini, semuanya saya suka. Album ini ada kelainan tersendiri jika dibanding dengan album artis lain yang sedia ada di negara ini.

"Saya juga membawakan lagu-lagu dengan elemen segar dan mengikut selera pasaran muzik masa kini.

"Tidak dinafikan, muzik boleh diumpamakan fesyen. Peminat selalu mahukan yang baru. Saya percaya album saya bakal digemari peminat kelak. Mudah-mudahan hendaknya.

"Contohnya lagu ciptaan Ajai yang berjudul Cinta Ini. Kalau dengar betul-betul, susunan muziknya begitu menarik dan mengikut peredaran zaman," ungkap Riz yang gemar bermain permainan video apabila mempunyai waktu lapang.

Menjadikan Anuar Zain sebagai idola, sebaliknya Riz tidak menganggap album Bermula Semula memiliki persamaan dengan album milik penyanyi tampan itu.

"Kalau peminat dengar lagu saya, mereka mudah membuat kesimpulan bahawa ia merupakan lagu saya.

"Saya cukup kagum apabila menyaksikan Anuar membuat persembahan dan menyanyi secara langsung di depan peminat.

"Kalau ada sesetengah yang mendakwa album saya dibayangi oleh Anuar atau saya cuba meniru dia, peminat sendiri boleh menilai.

"Sudah tentunya kulit album depan menampilkan wajah lain dan suara juga lain," tutur Riz cuba berseloroh.

Enggan fikir hilang populariti

Dalam kesukaran album penyanyi tempatan untuk terjual dan munculnya AF7 pada bulan sama Riz dijadual melancarkan album perdananya, lantas timbul tanda tanya apakah dia tidak gentar berdepan dengan situasi tersebut?

Mengakui enggan memikirkan tentang kehadiran AF7 nanti, yang ada kebarangkalian boleh mengurangkan popularitinya selepas ini, Riz sekadar menyerahkan soal ini kepada rezeki.

"Saya tidak fikir dengan kemunculan AF7 kelak, populariti saya akan hilang sekali gus membantutkan penjualan album sulung saya.

"Kalau saya terus berfikir negatif tentang soal ini, rasanya saya tidak boleh hidup. Lagipun kita sentiasa lihat kehadiran artis-artis baru dalam bidang seni hampir setiap hari.

"Dengan pertambahan penyanyi baru, saya sendiri kena ada inisiatif sendiri serta terus berbuat sesuatu agar nama saya terus diingati.

"Soal menggugat penjualan album saya juga tidak timbul dengan kemunculan AF7 disebabkan saya bikin album ini semata-mata mahu meluaskan sayap ke tahap lebih membanggakan.

"Dalam keadaan sekarang untuk mencapai penjualan album sebanyak 5,000 unit, memanglah sukar.

"Kalau dapat 10,000 unit sudah cukup baguslah. Oleh itu, saya tidak meletakkan sasaran tertentu untuk jualan album ini.

"Paling penting, saya cuba mendekatkan diri dengan peminat. Kalau ada rezeki, saya terima sahaja," luah Riz yang sengaja menampilkan judul albumnya sebagai Bermula Semula kerana mahu memulakan kehidupan baru selepas melangkahkan kaki keluar daripada AF6.

Antara lagu-lagu yang turut dimuatkan dalam album yang mendapat sentuhan istimewa Ajai sebagai penerbit album Bermula Semula adalah Harus Ku Yang Pergi, Kau Wanita, Kehilangan, Khilaf dan Hanya Sandiwara.



Sunday, March 8, 2009

Kemampuan Riz Jadi Kebanggaan Ajai


credit to: Razif Rosdi (murai.com.my)

Sekian lama menanti, naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Riz atau Mohammed Idris Mohd Zaizizi, telah bersiap sedia untuk muncul dengan album solo pertamanya yang diberi judul Bermula Semula. Untuk album yang ditangani dengan teliti itu, Riz telah banyak mendapat bimbingan daripada komposer terkenal Ajai serta beberapa nama penulis lirik berbakat termasuklah ketua editor murai.com.my sendiri, Roslen Fadzil a.k.a. Slen.

Bukan itu sahaja, Riz turut berduet bersama penyanyi yang semakin popular Alyah, menerusi lagu rancak, Ku Pinjam Satu Bintang yang dicipta oleh Ajai bersama Slen. Pasangan komposer dan penulis lirik itu turut mencipta sebuah melodi balada berjudul Khilaf yang dijangka akan menaikkan lagi nama Riz sebagai artis solo. Album ini bukan omong kosong kerana telah pun diperdengarkan kepada pihak media tempatan di pejabat Maestro Talent & Management, di Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Penghayatan Riz menerusi lagu berentak balada memang mantap. Sebab itulah saya tak ambil banyak masa untuk menyiapkan rakaman suara Riz untuk album ini. Lagipun, Riz seorang yang rajin serta selalu buat homework dengan kerap berlatih. Ia sikap yang harus ada pada setiap artis baru sepertinya," ujar Ajai.

Difahamkan, proses rakaman ini telah bermula sejak September tahun lalu hingga awal tahun ini. Album ini mendapat kerjasama dari Maestro Talent dan syarikat Riz sendiri, Riz Entertainment. Selain lagu berkualiti, Riz turut menggunakan khidmat Nizam Rahmat dari Ad Verse Sdn Bhd untuk rekaan kulit album. Riz turut juga bekerjsama dengan jurusolek, Chomel, bagi penggayaan imej terbarunya. Mengikut jadual album ini akan menjengah pasaran pada sekitar April dan selewat-lewatnya Mei ini.

Bagi Riz sendiri, dia berpuas hati dengan album itu yang membuktikan perjuangannya baru bermula selepas keluar dari AF6.

"Inilah hadiah saya kepada peminat yang memberikan sokongan kepada saya selama ini. Saya harap mereka akan menerima kesemua lagu yang dimuatkan dalam Bermula Semula. Saya teruja dapat berduet dengan penyanyi yang lebih berpengalaman seperti Alyah untuk lagu Ku Pinjam Satu Bintang.

"Klip video lagu Ku Pinjam Satu Bintang telah pun saya dan Alyah buat di Jakarta hujung tahun lalu dan apa yang menarik, krew produksi di sana pun sukakan lagu itu selepas pertama kali mendengarnya. Bagi mereka lagu itu sungguh catchy dan liriknya sangat mudah difahami oleh mereka," kata Riz.

Senarai lagu dalam album Riz:

1. Harus Ku Yang Pergi (Lagu/Lirik: Ajai)
2. Bermula Semula (Lagu/Lirik: Ajai/Abie)
3. Kehilangan (Lagu/Lirik: Ajai & Noh/Ajai)
4. Kau Wanita (Lagu/Lirik: Omar)
5. Cinta Ini (Lagu/Lirik: Ajai/Rosli)
6. Khilaf (Lagu/Lirik: Ajai/Slen)
7. Hanya Sandiwara (Lagu/Lirik: Leez/Dean)
8. Ku Pinjam Satu Bintang (duet bersama Alyah - Lagu/Lirik: Ajai/Slen)

Friday, March 6, 2009

SURVIVAL IRAMA LELEH RIZ AF6 - JomStar

credit to : Azizul Zainal
thanks to Jomstar for the story




Siapa yang tidak mengenali pelajar AF6 yang selalu di tegur supaya jangan besar kepala ketika berada di Akademi dulu. Anak muda yang pernah menduduki tangga kedua musim ke enam Akademi Fantasia, Mohammed Idris bin Mohd Zaizizi atau lebih mesra dipanggil Riz, kini mampu berdiri bangga. Bangga dengan kejayaan yang pernah diraihnya di AF yang lalu dan kini dia berjaya melahirkan album single terbaru akhirnya.

Di dalam kegawatan ekonomi yang membimbangkan ini, adakah Riz mampu bertahan dengan kelahirannya secara solo ini? Keadaan muzik di Malaysia pula semakin kritikal, tambah-tambah lagi dengan adanya saingan hebat nun… jauh diseberang.

Industri nyanyian di Malaysia boleh dikatakan goyah, pendengar hari ini pula lebih ramai yang suka mendengar lagu-lagu rock indie dan menjadikan kumpulan-kumpulan ini semakin idola mereka. Walaupun sesetengah kumpulan pemuzik indie ini tidak mempunyai pakej yang cukup contohnya paras rupa berbanding Riz, namun kualiti pengisian lagu yang dihasilkan jauh lebih baik dari artis rakaman, sehinggakan kumpulan sebegini memberikan warna yang baru dalam industri muzik tanah air.

Kalau ingin membantu industri muzik bukanlah cara membikin lagu yang tiada kualiti dan akhirnya sia-sia dan masih di takuk lama. Industri muzik global pula sentiasa berubah mengikut zaman, “up to date” tetapi adakah kita masih lagi mahu keluarkan lagu-lagu tangkap leleh sedangkan kita tahu apa yang pendengar mahukan. Adakah itu yang cuba Riz zahirkan dalam single terbarunya?

Apa-apa pun nantikan kemunculan single terbaru pemuda bersuaran lunak ini yang akan dipasarkan pada bulan April 2009 dan semoga kelahiran 'Bermula Semula' dari Riz mampu terpahat di hati pendengar yang telah lama ternanti-nanti.

Single 'Bermula Semula' yang mendapat sentuhan komposer terkemuka Ajai terbitan Maestro Talent & Management Sdn Bhd mempertaruhkan konsep Balada sebagai buah tangan sulung Riz kepada peminatnya.
thanks Ms Muzlia & Heart...
jom tgk gambo riz
http://www.jomstar.com/flash/albumriz050309f/
thanks to sweetmm ... sharing the flashphotos


Wednesday, March 4, 2009

Cinta Ini ~ RIZ

pada 1 mac 2009 (ahad) riz ade perform utk Mangga Star Search di Selayang Mall. salah 1 lagu yang riz perform iaitu Cinta Ini dr album single riz yg bakal muncul x lame lagi.

RIZ @ sidang media AF7

we share it & enjoy the vc eventhou not too clear..
yang penting KITA ENJOY!!!

credit to : KlubbKidd (joe lee)





credit : budiey.com
Pada jam 3 petang hari ini, satu sidang media mengumumkan senarai 20 orang nama bakal para pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 di Orchid Hall, Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. Ironinya, apabila sessi pengenalan bakal para pelajar diumumkan lebih awal sebelum kita mengetahui siapakah pengetua AF7. Tapi yang sahihnya, pengetua kali ini adalah lelaki dan sudah pun sign up. Cuma siapakah pengetua yang masih menjadi tanda tanya.

Sebelum pengumuman tadi, bintang AF musim terdahulu iaitu Dafi, Farah, Marsha Milan Londoh dan Riz telah dijemput untuk mendendangkan lagu Seribu Impian sebagai pembukaan.

Persembahan hebat dari bintang AF.

~* 3 mac 2009 - 3 ptg

Monday, March 2, 2009

RIZ @ mangga star search ~ selayang mall

haiiii... okeys.. setelah skian lame kite x tgk riz nyer show .. so, semlm.. bertmpat di Selayang Mall riz perform... wahhh!!! :)
~* Hari Ahad, 1 mac 2009
~* utk Mangga Star Search (bakat2 terpendam la nieh.. )
~* 3pm mula.. tapi riz perform last sekali... :)
~* riz perform 2 buah lagu baru dr album single yg bakal keluar nnti...
# harus ku yang pergi & cinta ini