Saturday, February 28, 2009

do u like it??



pic credit to: Fadreza
(mekasih pinjam gambo ekkk)

Friday, February 27, 2009

Cerita dari Budiey Sensasi Selebriti

credit to: Budiey
Ok, jawapan kepada trivia semalam ialah RIZ atau nama sebenarnya Mohd Idris Mohd Zaizizi, bintang AF yang sering menerima pujian dari pengkritik di setiap konsert mingguan AF sebab persembahannya memang mantap dan sentiasa berikan yang terbaik. Beliau lahir pada 19th December 1986 di Kg Padang Kunyit, Grik, Perak.
Mengulas tentang gossip yang mengatakan seorang wartawan dari Sinar Harian terserempak dengan Riz di Phuket, Thailand bersama dengan kekasihnya… Riz mengatakan:

“Riz pergi dengan kawan serumah bukannya dengan kekasih. Selalunya kami pergi bercuti berenam. Tapi kawan-kawan yang lain bekerja dan tidak mengizinkan mereka bercuti. Riz dengan teman serumah hanya sekadar kawan biasa. Riz pergi dengan niat nak bercuti, takkan tak boleh nak bergembira?”

Apa-apa pun, tahniahlah buat Riz sebab tercalon dalam senarai Top 5 Artis Baru Lelaki Popular. Single Riz ‘Hanya Sandiwara’ berjaya mendapat tempat di hati peminatnya. Menurut Riz, album akan menyusul dan bakal berada di pasaran April tahun ini.

Nantikan album sulung dari Riz

Santai dan cool


Monday, February 23, 2009

RIZ @ EWAH-EWAH TV3

time : 11.00am
date : 23 feb 2009
day : isnin
program : game show ~** EWAH-EWAH @ TV3
artis : BIRU ~** RIZ & SHARIFAH SHAHORA
KUNING ~** ACIK & FARAH AF2
MERAH ~** AYU OIAM & BADRI (MYSTARZ LG1)



riz bersama pasangan nyer.. :)


maaf ade gangguan pulek.. eheheeh.. SALAH... begitulah... wakakaak


bersemangat riz nk berjawab soklan kannnn... hikhikhiksss


FOKESSS.. okeys... kire bawang tu btul2. hmmm riz niehh.. :p


kononnn.. da hbes kire bawang... !! kire arr lg.. heheh


last game show.. MILA (gila) :)

Saturday, February 21, 2009

R*I*Z ~ ANTARA KENANGAN ABADI

MUNGKIN KITA TELAH LUPA KENANGAN RIZ SEMASA DI AKADEMI AF6
KINI KITA KENANG KEMBALI MEMORI... YANG PAHIT, MANIS...MASIN & MASAM..
NAMPAK MACHO DENGAN TOCANG!!!

R*I*Z - VOGUE

credit to: ms tinie

Friday, February 20, 2009

28 muka baru bersaing

credit to: Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
"Saya tidak sampai setahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air. Justeru, tersenarai dalam Top 5, sudah cukup bermakna buat saya.
"Pencalonan ini menyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras untuk mengukuhkan nama dalam industri muzik tanah air.

Apatah lagi, saya akan muncul dengan bingkisan album penuh tidak lama lagi. Fokus saya ingin berikan yang terbaik buat peminat setia yang sentiasa menyokong dari belakang sejak saya melangkahkan kaki dalam AF lagi," katanya.

ABPBH2008: Bermula penentuan populariti

credit to : Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad
(Berita Harian)
SEBAHAGIAN finalis ABPBH 2008 bergambar kenangan di depan bas
Sinarmas yang akan membawa mereka ke lokasi road tour untuk bertemu
peminat.

Percubaan Riz menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6) sememangnya
berbaloi. Namun sebelum itu, kumpulan Equal Star yang dianggotainya
menerusi program Gang Starz tidak langsung menyebelahi nasibnya. Lalu
selepas berpecah dan membawa haluan masing-masing, tuah bergelar naib
juara AF6 memberikan azimat yang cukup bermakna di dalam hidupnya.

"Terima kasih kepada AF6 dan publisiti yang saya raih
daripada bantuan rakan media. Saya tidak menaruh harapan tinggi untuk
memenangi kategori ini.

"Selain teruja dengan pengumuman ini, saya sedang menunggu
masa sesuai untuk pasarkan album sulung yang memuatkan lapan lagu.
Bagaimanapun, 70 peratus daripada bajet album ini adalah pelaburan duit
sendiri. Lagu Harusku Pergi jadi single pertama," katanya ringkas.

ABPBH2008: Pasti sengit

credit to:
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin & Zaidi Mohamad
(BERITA HARIAN)
Persaingan populariti sesama sendiri di kalangan barisan pelapis beri keputusan mendebarkan

ANGIN perubahan tidak hanya melanda industri muzik tempatan, tetapi tempias evolusi itu turut berlaku kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, apabila ramai muka baru disenaraikan oleh pembaca dalam Top 5 untuk 16 kategori yang dipertandingkan. Pengumuman senarai peringkat ini yang dilakukan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor itu sedikit sebanyak mengubah senario ABPBH yang selama ini dikatakan asyik mencalonkan ‘orang yang sama’ pada setiap tahun.

Dua kategori menunjukkan perubahan paling ketara iaitu Artis Komedi Wanita Popular dan Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular.

Bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, nama seperti Sheila Rusly, Raja Azura dan Sharifah Shahira yang sentiasa tidak pernah tercicir, tetapi kali ini pembaca Berita Harian nampaknya mahu perubahan mungkin mahu melihat kelainan.
Peminat kali ini memilih pelakon yang belum pernah tersenarai dalam kategori ini iaitu Ruminah Sidek, Amyza Adnan, Noorkhiriah dan Sheila Mambo. Ruminah mungkin menjadi satu-satunya pelakon paling veteran dalam senarai ABPBH 2008.

“Saya sendiri tidak sangka tersenarai dalam kategori ini. Saya dapat tahu pun melalui makluman dari radio. Mungkin juga drama Pepaya yang disiarkan di TV3 antara sebab yang melayakkan saya tersenarai,” kata Noorkhiriah yang menghubungi Hip petang kelmarin biarpun tidak dapat hadir ke sidang media kerana terikat dengan penggambaran telefilem Diari Mak Ayam arahan Rashid Sibir. Sementara itu, kumpulan muzik indie menguasai kategori Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular. Perubahan ini sekali gus menunjukkan kehadiran kumpulan indie semakin diterima oleh peminat muzik tanah air.
Peminat menyenaraikan Estranged, Meet Uncle Hussain dan Hujan. Kehadiran mereka ini memberikan saingan sengit kepada penyanyi arus perdana seperti M Nasir & Malique dan Fabulous Cat.

Senarai Top 5 ABPBH 2008 turut diwarnai dengan kebangkitan penyanyi daripada program realiti TV. Ternyata populariti nama angkatan baru seperti Stacy, Aizat, Ayu Damit, Aiman, Zizan, Nabil, Nubhan dan Riz mula membuka mata ramai dan membuktikan kehadiran mereka dalam dunia seni bukan sekadar bermusim.

Penyenaraian ramai angkatan baru ini diakui oleh Rosyam Nor sebagai pelapis untuk menggantikan tempatan penyanyi atau pelakon generasi sekarang atau terdahulu. Begitu pun, Rosyam bersyukur kerana di sebalik ramainya angkatan baru itu, peminat masih memilihnya untuk disenaraikan dalam dua kategori iaitu Pelakon TV Lelaki Popular dan
Pelakon Filem Lelaki Popular.
Katanya, Ini membuktikan sokongan peminat kepadanya masih tidak berbelah bahagi.
“Memang berdasarkan senarai yang diumumkan, boleh dikira berapa kerat sangat
nama artis ‘lama’ yang ada. Yang tinggal seperti Amy Search, Ruminah
Sidek dan M Nasir. Selebihnya wajah baru dan itu satu perkembangan
positif.

“Saya sendiri pun tidak sangka masih tersenarai lagi kali ini apatah lagi saingan makin besar terutama dengan dominasi nama baru dalam beberapa kategori yang menjadi perhatian.

“Bagaimanapun, saya harus berterima kasih kepada peminat yang masih menghargai bakat seni saya. Setiap sudut sokongan peminat sentiasa diperlukan kami golongan artis. Tanpa peminat, kami tidak boleh menjual ‘produk’ yang ada. Saya harap peminat akan terus teguh berada di belakang saya,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan mood peminat yang inginkan pembaharuan, pelakon itu mengakui untuk menang memang sukar diramal kerana persaingan pada setiap tahun memang sentiasa sengit.

“Secara keseluruhan, nama seperti Que Haidar, Saiful Apek, Fahrin Ahmad, Farid Kamil dan Rusdi Ramli mampu memberikan kejutan berdasarkan populariti yang ditempa,” demikian kata Rosyam Nor yang akan menerbitkan drama episod Isabella dan Fantasia Bulan Madu pada
tahun ini.

Tidak ketandusan bakat pelapis

KEMUNCULAN angkatan baru ini membuktikan dunia seni memang ada barisan pelapis. Ashraf Muslim, Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Diana Danielle antara wajah yang pertama kali tersenarai di dalam kategori masing-masing. Bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Liyana Jasmay buat julung kalinya bakal bersaing dengan nama besar seperti Erra Fazira, Maya Karin, Sharifah Amani dan Vanidah Imran.

“Bersaing dengan pelakon hebat di Malaysia dan berada di dalam kelompok top 5 membuatkan saya berbangga. Saya memanjat kesyukuran di atas pencalonan ini dan terima kasih kepada peminat serta Berita Harian di atas penganjuran anugerah ini.

“Berdasarkan filem Kami, Histeria, Maut dan drama Puaka Niyang Rapik, saya harus berterima kasih kepada pihak produksi yang terus memberi kepercayaan kepada bakat lakonan saya,” katanya Liyana.

Kategori Artis Baru Wanita Popular turut menyaksikan tiga pelakon paling menyerlah pada 2008 iaitu Sari Yanti, Lisa Surihani dan Scha berada dalam kelompok itu bersama-sama Stacy dan Ayu Damit mewakili penyanyi.

Menurut Sari Yanti, penyenaraiannya itu disifatkan sebagai tuah dan rezeki perkahwinannya.
“Paling seronok saya bersaing dengan dua rakan pelakon iaitu Scha dan Lisa Surihani. Mulanya saya sendiri ragu bertanyakan diri sendiri, popular ke saya?,” kata Sari Yanti.

Juliana Evans (Jue) dan Nurul Alis juga antara pencabar baru bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular yang turut menyenaraikan FaraFauzana, Abby Fana dan Cheryl Samad. Bagi Jue, dia masih berterimakasih kerana melalui program Remaja di TV3, dia mula menimba pengalamanberharga sebagai pengacara.

Keputusan mengejutkan

PEMBACA Berita Harian dan peminat juga turut membuat keputusan cukup mengejutkan apabila memilih personaliti RTM, Nurul Alis sebagai antara calon Pengacara TV Wanita Popular.
Nurul Alis atau Kiki sewaktu dihubungi, ternyata terkejut dan menyangkakan panggilan yang dibuat ingin mengenakannya.

“Saya memang rasa lain sangat dan tidak menjangka langsung nama saya tersenarai dalam Top 5. Serius, saya tidak main-main dan saya memang betul-betul terkejut.

“Sebelum ini RTM berada di dalam liga yang tersendiri. Pertama kali dicalonkan untuk kategori ini, saya gembira dan harapnya ia satu permulaan yang baik,” katanya yang menjadi penyampai berita sukan di RTM, malah pernah mengacarakan program berbentuk sukan termasuklah Sebelum Wisel.

Faizal Tahir yang lebih dikenali sebagai penyanyi tetapi berjaya melangkah ke Top 5 bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular menganggap kemaraannya sebagai sesuatu yang kelakar dan melucukan. Bagaimanapun, Faizal tetap berterima kasih kepada peminat yang
memilihnya.

“Saya berasa sangat pelik dan kekok kerana sebelum ini nama saya dicalonkan untuk kategori penyanyi tetapi kali ini pengacara. Apa pun alhamdulillah, itu bermakna persembahan saya sebagai pengacara memberi impak kepada penonton.

“Namun, itu bukanlah batu loncatan untuk saya menerima tawaran sebagai pengacara kerana sebelum ini saya pernah menyatakan mahu bersara dari dunia pengacaraan,” katanya yang tidak menghadiri sidang media kerana menantikan kelahiran cahaya mata ketiga.

Sementara itu, borang undian ABPBH 2008 bagi pusingan kedua sudah disiarkan di akhbar ini sejak semalam hingga 3 April depan.
Sementara itu, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd merangkap Penaung Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2008, Datuk Manja Ismail, menekankan bahawa hadiah yang bakal dimenangi pembaca ditentukan menerusi slogan kreatif dan bukannya berdasarkan undian tepat.

Mula diperkenalkan sejak 1987, ABPBH terus bertahan sebagai perantara yang menghubungkan pembaca dan peminat dengan golongan selebriti. Majlis pengumuman top 5 ABPBH 2008 dihoskan dua penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Paling menarik tahun ini, tiga selebriti berbadan dua, Erra Fazira, Dynas dan Leya turut
dicalonkan.

Info ABPBH2008
• Senarai penaja yang terbabit pada tahun ini ialah Genting Highlands Kota Keriangan sebagai lokasi rasmi, TV3 (penyiar TV rasmi), Hot FM sebagai radio rasmi, Empire Furniture & Decoration Sdn Bhd (penaja perabot), Cosmopolitan (penaja Pamer Suite), Pos Malaysia Berhad, JVC Sales & Services (M) Sdn Bhd (penaja barangan elektrik) dan Hotel Palace Of The Golden Horses (POTGH).

• Artis yang memenangi gelaran Bintang Paling Popular bakal memenangi pakej penginapan mewah 3 hari 2 malam di Head of State Suite juga tajaan (POTGH).

• Beberapa destinasi siri jelajah bakal dikunjungifinalis tahun ini. Lokasi pertama yang bakal dikunjungi finalis ABPBH2008 ialah Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada 27 dan 28 Februari. Diikuti Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor pada 7 dan
8 Mac. Penjelajahan diteruskan lagi ke Mydin Mall, Kuala Terengganupada 13 dan 14 Mac, Seterusnya Kuantan Parade, Kuantan pada 21 dan 22Mac, Batu Pahat Mall pada 28 dan 29 Mac dan kemudiannya berakhir pada 3, 4 dan 5 April di Klang Parade.

• Pertandingan Bintang Idola Berita Harian dianjurkan kali pertama yang akan diadakan di lokasi dikunjungi. Pemenang bakal memenangi hadiah berupa wang tunai, sijil dan barangan eksklusif. Juara bagi pertandingan ini akan berpeluang mengadakan persembahan pada malam anugerah ABPBH 2008 yang bakal berlangsung 12 April ini.



Thursday, February 19, 2009

RIZ - DI SIDANG MEDIA ABPBH

18.02.2009 - CALON TOP 5 DI SIDANG MEDIA ABPBH
DI PALACE OF GOLDEN HORSES.

Wednesday, February 18, 2009

RIZ - TOP 5 ARTIS BARU LELAKI POPULAR


AKHIRNYA BERJAYA RIZ BERADA DI ANTARA TOP 5
DALAM KATEGORI

ARTIS BARU LELAKI POPULAR...

TERUSKAN UNDIAN....

SEHINGGA MENGAPAI IMPIAN MENJADI KENYATAAN

TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA BERSAMA-SAMA MENGUNDI RIZ.


Monday, February 16, 2009

Sunday, February 15, 2009

Thursday, February 12, 2009

Bintang2 AF - MINI KONSERT Audition AF7 Sabah

credit to : murai.com.my

Bukan semua bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) diberi peluang memasuki bilik uji bakat AF musim ke 7 (AF7) seperti yang diadakan di pusat beli-belah 1 Borneo, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Mila dan rakan-rakannya, Ebi, Nadia, Nubhan, Riz dan Shawal, cukup bertuah kerana selain berpeluang menghiburkan peminat Sabah menerusi mini konsert selama 3 hari uji bakat itu berlangsung, malah diberi peluang keemasan memasuki bilik uji bakat program realiti paling popular itu.

AL-KISAH KATANYA......

credit to: Amal (from Brunei)
antara snapshot oleh Amal...katanya untuk tatapan kita semua.

Friday, February 6, 2009

kenangan terindah [mengusik jiwa] di grik

tercuit di hati pabila melihat kembali gmbr2 semasa kenduri roti canai riz di grik... :) suasana yg masih 'panas'.. kegilaan peminat yg rata2 menanti2 saat nak bertentang mata dgn riz... :) yg nyata malam tu mmg sungguh havoc... riz ttp macho wlupun dlm keadaan basah kuyup.. hujan rahmat mengiringi riz ketika itu... hehehe....
kenangan...kenangan... ttap tersemat di ingatan!!!














credit : rizfc.forumotion.com

Wednesday, February 4, 2009

riz & angels @ lcct


riz & angels

riz angels & nubies