Thursday, May 21, 2009

Mangga Online

credit to: Rosli Manah
Bintang Kacak Bergaya meriahkan Suara Karaoke Hai

Bintang Kacak Bergaya memeriahkan majlis sidang akhbar Suara Karaoke Hai yang diadakan di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kehadiran mereka sebagai menyokong aktiviti yang melibatkan Jamu Mak Dara (JMD). JMD turut menaja pertandingan itu.

Sebagai pemenang pertandingan itu, mereka menyokong aktiviti yang dijalankan oleh JMD.

Juara, Roy Daniel, naib juara Khairi Mansor, pemenang tempat ketiga, Hairul Azreen dan pemenang anugerah khas penampilan x-factor, Halim Shah diundang memeriahkan majlis tersebut.

Pertandingan itu akan bermula di Red Box, Plaza Pelangi, Johor Bahru, Jphor pada 30 Mei 2009.

Lokasi seterusnya di Green Box, AEON Bukit Tinggi, Klang pada 13 Jun diikuti pada 11 Julai di Green Box, AEON Seremban 2, Negeri Sembilan.

Pada 25 Julai bakal peserta di Utara tanah air akan berpeluang mencuba nasib di Red Box, Plaza Gurney, Pulau Pinang manakala lokasi terakhir di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur pada 9 Ogos.

Di setiap lokasi pendaftaran akan bermula pukul 10.30 pagi. Saringan bermula pukul 12.00 tengah hari manakala peringkat separuh akhir akan diadakan pada pukul 5.00 petang.

Di Plaza Pelangi pada 30 Mei ini empat penyanyi popular Alyah, Riz, Tomok dan Aweera akan memeriahkannya.

Mereka akan menghiburkan peminat sementara menunggu pemilihan peserta yang layak ke pusingan akhir.

Di setiap lokasi penyertan dihadkan kepada 200 peserta sahaja. Yuran sebanyak RM15 dikenakan kepada peserta.

Juara akan menerima wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan pemenang tempat ketiga sebanyak RM2,000.

Pemenang pertama peringkat semi final akan menerima RM200, manakala pemenang kedua pula sebanyak RM150 dan RM50 bagi pemenang tempat ketiga. Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 13 hingga 30 tahun.

Sebarang maklumat boleh layari www.redbox.com.my.

No comments:

Post a Comment