
Sempena ulangtahun pertama penubuhan Riz-Angels satu perjumpaan istimewa telah di adakan bersama-sama Riz di Ampang Superbowl, IOI Mall, Puchong. Menariknya perjumpaan yang dinamakan 'The Fabulous Riz-Angels @ Frenz Bowling Challenge' telah di sertai oleh lebih 60 orang ahli Riz-Angels dari serata pelosok tanah air seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor Bharu.
Selain acara boling yang menggamatkan suasana para peminat juga berpeluang untuk berkaraoke bersama Riz. Penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu Ku Pinjam Satu Bintang, duet bersama penyanyi Alyah ini juga turut menghiburkan para peminat yang hadir dengan beberapa buah lagu sebagai tanda penghargaan buat mereka.
Kesempatan bertemu artis kesayangan mereka ini tidak disiakan oleh Riz-Angels. Apatah lagi Riz begitu mesra melayan setiap karenah dan permintaan daripada para peminatnya sama ada untuk bergambar, tandatangan autograf, menyanyi dan sebagainya.
Lebih meninggalkan kenangan manis apabila Riz juga turut menyertai acara menari tarian Poco Poco atas permintaan para peminatnya itu. Selain itu, apa yang menyeronokkan juga apabila beberapa orang peminat telah dipilih untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
Rata-ratanya melahirkan rasa puas hati dengan komitmen yang di tunjukkan Riz. Apatah lagi Riz di lihat cukup menghargai pengorbanan dan sumbangan peminat terhadap kerjaya seninya sehingga kini.
Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim ini juga turut di hadiri oleh ibubapa dan keluarga Riz dari Grik, Perak sebagai tanda sokongan.
No comments:
Post a Comment