Saturday, July 25, 2009

RIZ LAWAN BOLING BERSAMA PEMINAT - MH 25 - 31 JULY

Diam tak diam, sudah genap setahun kelab peminat Riz Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang di beri nama Riz-Angels di tubuhkan. Sepanjang tempoh penubuhannya itu, Riz-Angels yang di anggotai oleh para peminat Riz di serata pelosok tanah air sentiasa menyokong perjalanan seni bintang AF6 ini

Sempena ulangtahun pertama penubuhan Riz-Angels satu perjumpaan istimewa telah di adakan bersama-sama Riz di Ampang Superbowl, IOI Mall, Puchong. Menariknya perjumpaan yang dinamakan 'The Fabulous Riz-Angels @ Frenz Bowling Challenge' telah di sertai oleh lebih 60 orang ahli Riz-Angels dari serata pelosok tanah air seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor Bharu.

Selain acara boling yang menggamatkan suasana para peminat juga berpeluang untuk berkaraoke bersama Riz. Penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu Ku Pinjam Satu Bintang, duet bersama penyanyi Alyah ini juga turut menghiburkan para peminat yang hadir dengan beberapa buah lagu sebagai tanda penghargaan buat mereka.

Kesempatan bertemu artis kesayangan mereka ini tidak disiakan oleh Riz-Angels. Apatah lagi Riz begitu mesra melayan setiap karenah dan permintaan daripada para peminatnya sama ada untuk bergambar, tandatangan autograf, menyanyi dan sebagainya.

Lebih meninggalkan kenangan manis apabila Riz juga turut menyertai acara menari tarian Poco Poco atas permintaan para peminatnya itu. Selain itu, apa yang menyeronokkan juga apabila beberapa orang peminat telah dipilih untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

Rata-ratanya melahirkan rasa puas hati dengan komitmen yang di tunjukkan Riz. Apatah lagi Riz di lihat cukup menghargai pengorbanan dan sumbangan peminat terhadap kerjaya seninya sehingga kini.

Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim ini juga turut di hadiri oleh ibubapa dan keluarga Riz dari Grik, Perak sebagai tanda sokongan.

Saturday, July 18, 2009

Majalah Mangga Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT PUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MURAK

Thursday, July 16, 2009

Riz ubat rindu 'Angels' sempena ulang tahun pertama FC

Rabu Julai 15, 2009

SETAHUN berlalu terlalu cepat dan tidak disangka-sangka, Riz-Angels @ Riz Fan Club telah pun berusia genap setahun.

Tanggal 21hb April 2009, merupakan detik sejarah Riz Fan Club. Namun disebabkan kesibukan antara ahli-ahli terlibat dan juga artis, maka sambutan ulang tahun diganjakkan ke tarikh 28 Jun 2009.

Bertempat di Ampang Superbowl, IOI Mall, Puchong, Selangor maka berlangsunglah acara 'The Fabulous Riz-Angels & Frenz Bowling Challenge'.

Acara bermula seawal 3pm, dengan mukadimah jua kata-kata aluan dari artis kesayangan fan club iaitu Riz di turuti ucapan dari Presiden Riz-Angels Cik Muzlia serta balingan bowling menandakan rasminya majlis tersebut.

Riz berkaraoke menghiburkan para peminatnya.

KARAOKE DENGAN PEMINAT

Petang tersebut merupakan hari yang paling indah dan bermakna bagi ahli kelab peminat Riz. Mereka bukan sahaja dapat beramah mesra malah ada yang berkesempatan menyanyi karaoke bersama artis kesayangan mereka.

Malah yang paling gembira, tempat bowling telah ditempah khasnya untuk 6jam berikutnya bermula jam 2pm hingga 8pm.

Malah ahli-ahli kelab peminat Riz yang hadir untuk bermain bowling datang dari segenap pelosok tanahair dari utara hinggalah selatan.


Riz memotong kek menyambut ulang tahun pertama kelab penyokongnya.

Bangga dengan kehadiran peminat Riz yang melebihi 60 orang yang susah payah datang dari Pulau Pinang, Ipoh dan juga dari Johor Bharu.

Kehadiran mereka umpama memberi cahaya menyinari hidup Riz dan menguatkan semangat Riz untuk berjuang dalam industri hiburan tanahair.

Juga di petang itu, Riz mendendangkan berbelas-belas lagu untuk mengubat kerinduan peminat-peminatnya.

Kehadiran bad (pengurus artis Diddy) jua turut menceriakan lagi suasana, gelagat Riz ketika bermain bowling mencuitkan hati para peminatnya.


Para peminat gembira bermain boling bersama artis pujaan mereka, Riz.

Keterujaan peminat-peminatnya sudah tidak mengira kepenatan. Sambil berboling, mereka boleh lagi menari sambil menyanyi karaoke. Gelagat yang pasti membuat mereka tak kering gusi.

Untuk acara permainan bowling, pelbagai hadiah utama dan juga saguhati khas menjadi rebutan ahli-ahli kelab peminat.

Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja seperti Suria Resort Management, Ampang Superbowl dan penaja individu yang sudi memberikan sumbangan untuk acara bowling ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa Riz serta keluarga dari Perak yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis petang ini.


Para peminat beraksi dalam tarian gelek ala dangdut.

TARIAN POCO-POCO

Sambil menyanyi, sesetengah peminat dengan rela hati menjadi penari gelek ala dangdut.

Sememangnya seharian bersama Riz tak henti dgn hilaian ketawa, usik mengusik malah bergambar sakan dengan artis kesayangan mereka.

Ada juga yang merakamkan ucapan Riz untuk kaum keluarga dan bermacam-macam lagi agenda tersendiri antara ahli peminat dengan Riz.

Sebagai mengakhiri acara petang tersebut, Riz bersama-sama peminatnya tak kira lelaki mahupun perempuan beramai-ramai menari tarian poco-poco.

Ternyata setelah sekian lama tidak berkumpul sebegini, ianya memberi satu impak dan kesan amat mendalam untuk peminat Riz meraikannya dengan penuh meriah dan ceria.

Jika ada sumur di ladangBoleh kita menumpang mandiJika ada umur yang panjang…Insya’Allah , anniversary kedua kita berjumpa lagi.

~** credit : mstar online

Friday, July 10, 2009

Jutaan terima kasih... =)


JUTAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA
KEPADA SEMUA YG TERLIBAT
BAGI MENJAYAKAN DAN MEMERIAHKAN
EVENT INI... TERIMA KASIH... :)

Wednesday, July 8, 2009

Majalah HAI ~ 7 Julai 2009

~* jangan lupe dapatkan segera majalah HAI keluaran terbaru bulan Julai ini...!!! =)

Thursday, July 2, 2009

1st Anniversary The Fabulous Riz-angels & Frenz Bowling Challenge

Genap setahun usia fan club Riz yang lebih dikenali sebagai RIZ-ANGELS FC. Kini tiba masa meraikannya bersama peminat-peminat dan juga rakan Riz.
Majlis tersebut di adakan :-


Lokasi : Ampang Superbowl, IOI Mall, Puchong

Jam : 2.00pm


Tarikh : 28hb June 2009 (Ahad)


Selepas pendaftaran yang bermula dari pukol 2.00pm dan berakhir hampir jam 3.00pm, terus dimulakan dengan acara perasmian oleh Riz dan diikuti oleh ms Presiden cik Muzlia. Ucapan kata-kata aluan dari Riz dan Muz di rasmikan dengan balingan bowling. Majlis tersebut dapat menghimpun peminat dan rakan melebihi dari 60 orang.


thanks abang bad kerana sudi merakamkan ucapan Riz