Friday, June 12, 2009

Komposer Indon Minat Riz, Alyah

credit : murai.com.my

12-Jun-2009 | Oleh: Murai Batu

KL, 12 JUN 2009: Hari ini kalau sebut nama Alyah, semua orang dah kenal. Semuanya gara-gara lagu Tak Mungkin Kerna Sayang yang meletup-letup di corong radio tempatan. Malah dalam Carta ERA Bersama Nana & Dina, lagu itu telah terus menjadi juara sejak 8 minggu berturut-turut. Tahniah.

Murai Batu difahamkan, popularnya lagu itu membuatkan kerja Alyah mudah. Mana tidaknya kalau membuat show saja, dia tidak payah menyanyi. Hulur saja mikrofon kepada penonton, maka semua pun akan menyanyi sama. Itulah tuah Alyah yang bangkit kembali selepas beberapa kali berusaha termasuk pernah merakamkan album solo dan menyertai kumpulan The Fabulous Cats.

Belum reda single pertama, single kedua Alyah telah mula diputarkan di radio. Apa yang menarik, dalam single kedua itu, Alyah berduet dengan Riz AF6 pula melalui lagu Ku Pinjam Satu Bintang ciptaan Ajai dan Slen. Murai Batu pun suka lagu Ku Pinjam Satu Bintang itu sebab ia boleh menaikkan semangat Murai Batu setiap kali mendengarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Murai Batu dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan Riz bahawa komposer dan produser terkenal Indonesia, Pak Hardy, tertarik dengan persembahan Riz dan Alyah dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang. Lalu dia pun mempelawa mereka untuk menyanyikan lagu karyanya di Indonesia. Wah, hebat tu.

Jangan tak tahu sebab Pak Hardy pernah bekerja dengan artis terkenal Indonesia seperti Mendiang Broery Marantika dan Kangen Band.

Murai Batu sebenarnya tidak terkejut dengan semua ini kerana ketika pembikinan klip video Ku Pinjam Satu Bintang dibuat di Jakarta, Indonesia, krew dari republik itu telah tertarik dengan lagu itu dan menyangka ia ciptaan Melly Goeslow. Malah pengarah klip video itu sendiri cakap lagu itu sangat mudah difahami oleh pendengar Indonesia dan tak perlu ditukar senikatanya.

Baguslah kalau gitu sebab asalkan lagu kita hendak masuk saja ke pasaran sana, semuanya kena bertukar.

MURAI BATU: Nak tunggu Alyah nyanyi lagu P Ramlee & Saloma dalam program Mentor TV3 Ahad ini, berduet dengan protege Ajai, Chaq (Abang Stacy).

No comments:

Post a Comment